Kecenderungan asid amino Plot Ramachandran

Seseorang mungkin menjangkakan bahawa rantai sisi yang lebih besar akan mengakibatkan lebih banyak sekatan, dan akibatnya kawasan yang lebih kecil yang dibenarkan dalam plot Ramachandran, tetapi kesan rantai sisi adalah kecil.[5] Dalam dunia nyata, kesan utama yang dilihat ialah kehadiran atau ketiadaan kumpulan metilena pada Cβ.[5] Glisina hanya mempunyai atom hidrogen sebagia rantai sisinya, dengan jejari van der Waals yang jauh lebih kecil daripada kumpulan CH3, CH2 atau CH yang memulakan rantai sisi semua asid amino lain. Oleh itu, ia paling kurang mengehad, dan ini adalah jelas dalam plot Ramachandran bagi glisina (lihat plot Gly dalam galeri) yang mana kawasan yang dibenarkan adalah jauh lebih besar. Sebaliknya, plot Ramachandran bagi prolina, dengan rantai sisi gelung 5 anggota yang menghubungkan Cα ke tulang belakang N, menunjukkan bilangan gabungan mungkin yang terhad bagi ψ dan φ (lihat plot Pro dalam galeri). Sisa sebelum prolina ("praprolina") juga mempunyai kombinasi terhad berbanding kes kebiasaan.